Saturday, December 5, 2009

: : eh eh... berabuknyer : :

huhu.. lame gler x update.. mcm dah terlupe plak ade blog nie... bz? xde la bz sgt... sibuk je... bile dpt online je, tgk kat blog2 member... cari kabo2 baru... tp nk update sdiri nyer x smpt plak.. maklumla, kat shah alam tu aku gne wifi org... kene pade2 gne..

tgk2 balek mase2 yg dah berlalu ni.. ape sangat la yg aku dapat wat...

2nov-10nov

ni musim exam bdk2 EM220.. aku time exam ni mase byk abes kat kedai makan kot.. ye la... stress kn.. hehe.. makan kn sedap.... sedap plak kn dapat kurangkn stress... tu yg makin kembang ni.... mlas la nk citer psl exam.... nnt nk makan lg...

13nov-23nov

huhu... abes exam 10nov tu tepat pkl 5.15 ptg... kluar dewan gi solat.... balek bilik... tgk barang, alamak..... kemas2 jap... setel pkl 6ptg... nak balek ke x ni? sesaje tanye diri coz mmg xde planning utk blek pon lg... sbb kalau blek pon dpt blek utk beberape ari je... lps tu kene gi kursus... bukan kursus kawen, tp kursus JPAM... pikir jap 5 minit, ok la... balik je la... amek barang2 tu hntr gi rmh makteh....makan2 jap..... pastu rushing gi carik tiket... nasib baek x kene saman... tp apekan daya... tiket ade pkl 10:30 mlm je... sebat je la...

dah cuti beberape hari tu, kene gi shah alam blek... smpi 23 hb... sampai dengan x potong rambt lg... x cukur janggut yg tggl beberape helai ni... huish... abes aku... malam tu kiteorg ramai2 stay up jahit uniform baru sampi... member2 dah start jahit sehari lg awal dari aku pon x siap jahit lg... hehe... aku dengan bangge nya tunjuk skill yg x brape semula jd kat depa... haha... aku start pkl 12malam smpi pkl 5 pg dapat setel bende asasi- jahit lencana, tag nama, bere, logo, gosok baju kasi ade line pnye, kilat kasut... and plg aku geram... togelkan rmbt sdiri.. huhu... jurulatih garang gler.. malas nk cari pasal...

bermula besoknye... kawad smpi lebam.. masuk lecture... kawad lg... makan n tido... smpi la 23hb....


24nov- now

balik je rumah, banyak lagi keje x siap... nak pasang paip baru kat sume tandas la, nak pasang railing langsir la... nak itu la ... nk ini la... ye la... baru pindah... da x dpt teman nik lg... hahah...
pastu , prepare utk my sis nyer wedding... aku nyer time? haha...

Saturday, October 31, 2009

: : isu copy paste : :

kalau korang minat bace blog politik, rasenye senang korang nk paham psl entry kali ni.. ni aku dapat entry dari sini. bace la utk pikir2.. best ulasan dier.

Blogger Ciplak 2 - Big Brader Mat Saman Kati

Oleh: MSK

Ramai orang menganggap, bila aku marah pasai artikel ciplak, itu perkara remeh. Aku bertindak macam budak-budak. Tak reti ka nak settle diam-diam?

Dah lama aku diam. Dah lama aku cuba settle belakang tabir. Tapi pasai budaya curi, rompak dan menipu dalam alam blog ini sudah sampai ketahap yang menjijikkan, aku tak boleh diam. Dan budaya ini bukan saja dikalangan blogger, malah sudah merebak sampai kemasjid-masjid, dan tapak ceramah. Kita cakap pasai Islam..pasai perjuangan, tapi kita sendiri menghalalkan budaya curi, rompak dan tipu ini..atas alasan dakwah dan perjuangan. Memang patut kerajaan Perak runtuh. Memang patut Pakatan semakin teruk kerana ramai dari kita yang sudah kehilangan moral dan nilai.

Pergi lah kemasjid Ipoh setiap jumaat, penuh dengan bahan-bahan cetak rompak. Orang yang buat kerja tak dapat apa, perompak yang dapat untung. Tapi semuanya dihalalkan pasai perompak ini pakai kopiah putih. Semuanya dihalalkan atas alasan dakwah dan perjuangan.

Pergilah ketapak-tapak ceramah. Dari VCD cetak rompak, kaset cetak rompak sampai kepada minyak wangi cetak rompak pun ada. Siap dengan gerenti…”boleh bawa sembahyang.” Hangpa tau dari mana sumbernya? Sapa yang mengeluarkan sijil ‘boleh bawa sembahyang’? Jangan terkejut, kalau hangpa buat ‘audit trail’, hangpa akan jumpa sumbernya. Sebuah kedai menjual bahan-bahan kimia, di sebuah lorong yang dikenali sebagai Rope Walk, off Chulia Street di Pulau Pinang. Hangpa beli lima ringgit sebotol kecil. Harga botol dua ringgit, minyak wangi tu tak sampai lima kupang. Yang lain untung penjual.

Hangpa nak Aramis, Anais-Anais, Poison, Dior, Channel….semua ada. Semuanya ciplak. Tapi orang-orang kita ambil dan jual…menjadi pengedar bahan curi, dan dihalalkan dengan jaminan ‘boleh bawa sembahyang’. Dan orang percaya, sebab penjualnya pakai kopiah putih.

You can cheat all the people some of the time. You can cheat some of the people all the time. But you can’t cheat all the people all the time.

Dalam blog pun dah jadi macam tu. Kita sapu hak orang lain, tampal dalam blog kita…tanpa sedikit pun rasa malu dan bersalah. Semua ini berlaku kerana ianya dihalalkan atas nama dakwah dan perjuangan. Kerja-kerja menipu, mencuri dan merompak ini dihalalkan dengan meletakkan label ‘dakwah dan perjuangan’.

Dan kerana kerja-kerja menipu ini jugalah, terdapat pergeseran dikalangan blogger. Jangan ingat ini perkara kecil! Kerana yang aku risaukan nanti, blogger yang buat kerja semuanya fedup, yang tinggal..hanyalah pencuri, perompak dan penipu. Kerana yang bekerja dikutuk, tetapi perompak dan penipu disanjung. Lebih baik jadi perompak dan penipu daripada jadi blogger yang jujur. Dan perompak dan penipu ini disanjung kerana mereka pakai kopiah putih.

Adakah aku marah kerana orang menciplak artikel aku? Dah beribu artikel aku di tampal curi, aku tak marah. Tapi setiap kali aku marah, kerana mempertahankan artikel orang lain. Kerana aku tak mau, blogger-blogger yang buat kerja ini fed-up, susah-susah buat kerja, orang lain dapat nama. Dan dah puas aku bagi warning secara tertutup, tapi budaya ini menjadi semakin berleluasa.

Satu masa dulu, semasa perbicaraan Nizar di Mahkamah Tinggi, kami berlima naik satu kereta ke Kuala Lumpur. Cyberboron masuk dalam kamar perbicaraan, Sya dan Perisik rakyat ambil gambar, Anaz ambil Video, dan aku duduk disatu sudut mengemaskini berita secara live menerusi Cover-It-Life.

Tapi ada pula blog-blog yang bukan saja copy-paste Cover-It-Life dalam Perakex, malah berlakun seolah-olah depa berada di Mahkamah Tinggi. Mereka berlakon seolah-olah mereka sebahagian dari Team Perakex yang berada di Mahkamah Tinggi. Dan tipu pengunjung-pengunjung depa. Ada aku bising? Aku diam.

Kemudian di Penanti.Bukan satu…malah tiga blog yang menciplak Cover-It-Life dari Perakex. Bukan setakat menciplak..tapi boleh lagi tulis..”Ekslusif..Live Dari Penanti” ..hanya di blog dia!!

Tapi bila tiba harinya, depa sapu dari Perakex. Kemudian berlakon seolah-olah depa ada di Penanti. dan pengunjung pun percaya, depa ada di Penanti, sedangkan depa hanya berblog dari bilik tidur masing-masing. Semuanya ini dihalalkan atas nama dakwah dan perjuangan.

Toksah kata hangpa berbolg bukan kerana nama. Bukan kerana hits atau glamer. Mereka bangga bila hits mencapai sejuta, dua juta, tiga juta…pirrrrah. Telok Bakong Online pernah kena sound kerana mengambil artikel dari seorang bloggger berkopiah putih, kerana tidak meletakkan kredit pada artikel yang diambil. Tapi bila aku bising, dia kata aku taik hidung masin dan membuat macam-macam tuduhan lagi.

Bila kena kat dia…dia marah. Tapi bila kena kat orang lain, macam-macam alasan diberikan. Dan seperti biasa, alasan dakwah dan perjuangan digunakan. Shit.

Semua orang ingat tentang pergeseran Albanjari dengan Manjong Mari dulu. Ramai yang merasakan ia berkaitan dengan langkah Manjong Mari mendesak Mustafa Ali dan Nasha meletak jawatan. tapi itu hanyalah ‘a straw that broke the camel’s back’. Dendam itu sudah lama membara kerana pernah satu ketika, Albanjari mengambil gambar-gambar yang diambil oleh Manjong Mari, tetapi tidak diberi kredit. Albanjari mungkin tidak sedar gambar-gambar tersebut kepunyaan Manjong Mari kerana dia mengambil dari sumber lain yang juga tidak memberikan kredit kepada Manjong Mari.Ada aku bising? Aku bagi tau kat Albanjari senyap-senyap.

Kemudian sekali lagi Albanjari menciplak artikel Amin Ahmad di Perakex tanpa memberikan kredit. dan bila aku tegur, Albanjari memberitahu bahawa artikel tersebut diambil dari blog Wfauzdin, yang menciplak dari Perakex. Macam mana kalau aku tak tegur Albanjari? Dah tentu aku bermasam muka dengan dia, disebabkan WFauzdin yang mengambil artikel tanpa menulis sumber.

Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah pernah menulis dalam Harakah tentang kegagalan media kedua semasa PRK Bagan Pinang. Dan aku setuju dengannnya kerana media kedua di Bagan Pinang penuh dengan penipuan, ciplak dan tampalcuri.

Sebelum PRK bermula, Albanjari sudah mewar-warkan didalam blognya…14 unit aprtment sudah disediakan kepada bloggers, lengkap dengan makan minum, dikawal 24 jam oleh unit amal, dan meminta sesiapa yang hendak pergi ke Bagan Pinang mendaftar dengannya.

Ramai yang ingat..ada 40 blogger yang diketuai oleh Albanjari, tetapi hakikatnya hanyalah enam orang. Dan mereka ini terpaksa tidur diatas lantai dipejabat ahli Parlimen Teluk Kemang, sebelum sebuah rumah diperolehi oleh YB Ravi, ADUN Port Dickson. Mana 14 apartment? Sapa yang bagi makan minum? Semuanya tipu.

Dan bila buat kerja, ramai yang hanya menunggu berita. Blogger macam Baganutama pi buat kerja, orang lain tunggu depan laptop, bersedia untuk copy-paste. Dan akibatnya? Berita-berita palsu pun dicopy-paste dan diedarkan. Kisah tentang petugas Pas yang kena pedang samurai itu adalah bohong. Dan kita menghalalkan pembohongan itu, malah mempertahankan pembohongan itu…demi dakwah dan perjuangan.

Perakex juga terpalit dengan pembohongan di Bagan Pinang. Anaz diberikan video untuk diedit dan dijadikan bahan propaganda. Logo Perakex digunakan untuk menambahkan kredibiliti pada video tersebut, dan kredit diberikan kepada Team IT Pas.

Tapi bayangkan bila aku menerima email ini.

Dear Editor (To whom it may concern),

It has been brought to our attention that you have produced this video:
http://www.youtube.com/watch?v=Ch1oOSlN-5w&feature=player_embedded
which is also on your website: http://perakexpress.com/www/

We note that footages from this video that was taken from our video produced in 2005 entitled Alice Lives Here.

Legally, it is a copyright material by default and it’s use is subject to permission. We have no qualms for our video being used for non-profit purposes highlighting the good work done by community organizers. In fact, it is something we encourage.

However, there needs to be proper use of it whereby acknowledgement/reference is given to the efforts of those who did the video, and not claimed as another’s by way of putting another logo (in this case, perak express logo) on it. For example, one can credit it by stating ‘footages from ‘Alice Lives Here’, 2005, courtesy of Reelpower’ either on the footage itself or at the end credits.

We hope that perak express would correct this, and take this opportunity to train your staff/volunteers on the professional and ethical way in which to use material taken elsewhere, especially were it is a community initiative and not for profit, as it would be in the spirit of support and acknowledgement of fellow community groups working towards the same purpose of justice.

Looking forward to your reply, and thank you for your attention.

regards,
ReelPower

Aku malu. Bukan kami menciplak, malah kami memberikan kredit…tetapi kredit itu diberikan kepada pihak yang menciplak. Dan itu sebab aku meminta maaf bagi pihak Perakex, walaupun bukan salah kami.(Disini)

Tapi ramai lagi yang tak tau malu. Muka tebal macam kulit tapak kaki. Ciplak, tipu dan copy-paste dihalalkan…kerana dakwah dan perjuangan.

Tak perlu bagi alasan: tak kisah kalau hits rendah, tak kisah kalau tak glamer…kita ikhlas dengan dakwah dan perjuangan!! Hakikatnya, orang tak mau baca blog kita kerana orang tau, kita menipu pembaca dengan menciplak kerja orang lain, kemudian mengaku kerja kita.

[perakexpress]

*Kami di baganutama menyatakan sokongan secara terbuka kepada big brader MSK. Isu plagiat adalah isu besar kepada kami. Ia adalah isu amanah. Bukan minta duit pun. Nyatakan sumber atau link itu sahaja. Contoh, supaya kejadian Markaz Induk di Bagan Pinang ditipu dengan gambar berdarah pedang samurai tidak berulang kembali. Mengenai video propaganda calon, masih belum ada pernyataan atau statement dari pihak terbabit. Maaf ke hape ke belum ada lagi. Cuma satu komen kami, kepada mereka-mereka diluar sana yang sudah melabelkan diri sebagai parti atau organisasi islam, jaga sikit dalam hal-hal berkaitan plagiat dan copy paste ini. Jika anda melakukan aktiviti cetak rompak, orang tidak menghina anda tetapi menghina ISLAM. Itu hakikat. Bukankah amanah itu diajar dalam ISLAM ??

Wednesday, October 21, 2009

: : aku ? @ kau ? : :

HADIS:

"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"

"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"


Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali


insyallah 2hb ni akan start exam... doakan aku x lalai dari tanggungjawab.. x sedar pon dah hujung sem...

Monday, October 19, 2009

: : drop of ink : :

"pada suatu hari, ali terpaksa meminta isterinya mengambilnya balik dari pejabat kerana
keretanya dah hilang tayar kena curi... dalam perjalanan balik itu isterinya memandu
dengan kelajuan 60km/h... si ali pon tgk muka isterinya sambil tarik muke hampeh...
kemudian, ali berkata, 'sayang, saye cadang sesuatu utk ulangtahun kite kali ni...'
si isteri diam tanpa reaksi... ali menyambung lagi, 'saya bercadang untuk menceraikan awak.'.
si isteri terus diam, kelajuan di tambah kepada 80km/h... 'betul sebenarnye tekaan awak yang saye ade skandal ngan s/u saye..'... si isteri masih buat bodoh, tapi pedal terus ditekan sampai 100km/h...
'semua harta yang ada saya nak ambil balik, saya nak kasi kat bakal isteri baru saya'.
mendengar itu, si isteri menambah kelajuan kepada 140km/h... bukan setakat menambah kelajuan, si isteri mengubah haluan menghala tembok tepi jalan... melihat keadaan
itu, si suami pun berpeluh sejuk, 'baiklah, saye kasi awak separuh dari harta tu.'.
si isteri akhirnya menjawab, 'xpe, abang ambil je sume harte tu. saye dah ade sume yang saye perlukan.'
si suami tercengang, 'ape yang awak dah ade?'
dua saat sebelum langgar tembok, si isteri menjawab, 'AIRBAG'....
dush....."



aku x tau kenape aku suke sgt cite kat atas tu... dah brape kali dgr pon nak dengar lg.. bile pikir2 balik, hidup kite pon mcm tu gak... kadang2 kite x perasan yang kite sibuk mencari kemahuan kite... tapi terlepas pandang ape yang kite perlukan...

p/s: aku mula melihat diriku bila sudah terjatuh.. baru ku tahu kenape ade jatuh bangun... bak kate2 batman, "we fall so that we can learn to pick ourself up"..

Saturday, October 3, 2009

: : 10? : :

ku sudah merasainya...........


... tgk lapu dier plak...

Thursday, September 17, 2009

: : tukar duit raye ke bang? : :


....................................

: : jgn lupa : :


JANGAN INGAT NAK RAYA SAJA.BENDA WAJIB TERLUPA.

Zakat Fitrah adalah wajib, Abdullah b Umar r.a berkata bahawa NAbi saw memfardhukan zakat fitrah hanya di bulan Ramadhan. Zakat fitrah ini kewajipannya lebih awal sedikit daripada zakat harta.

Kadar zakat firah pula tk banyak sebenarnya iaitu hanya segantang tamar ataupun tepung. Begitu juga dengan beras kadarnya segantang sahaja. Ianya juga boleh dibayar dengan duit sahaja iaitu berdasarkan harga segantang beras. Bahkan kalau nak berlebih sedikit pun apa salahnya, Jangan berkurang pula sudahlah.

Ramai yang tertanya2 dan ingin tahu berapakah kadar segantang beras itu kiraannya dalam kilogram. kadarnya ialah 2.7kg sahaja. Kadar duit nya pula mengikut negeri masing2 yg talah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa, jika di shah alam ini kadarnya ialah RM7 shj.

Hikmah berzakat ialah : sebagaimana kata Ibnu Abbas r.a :
” Nabi saw telah memfaradhukan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada lagha dan percakapan yang kotor, dan juga sebagai pemberian makanan kepada orang miskin” (Riwayat Abu Daud)

Justeru itu berdasarkan hadis di atas ada 2 hikmah yang besar iaitu:

1. Zakat sebagai pembersih daripada daki maksiat dan kekurangan sewaktu berpuasa.

2. zakat sebagai pemberian kepada fakir dan miskin.

Siapakah yang wajib keatas(membayar) zakat firah ini?

Abdullah b Umar berkata bahawa Nabi saw bersabda :
” Nabi saw telah memfardhukan zakat fitrah dengan kadar segantang daripada tamar atau satu gantang tepung ke atas hamba dan merdeka, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan dewasa daripada orang Islam”
( Riwayat Bukhari)

Jadi kesimpulannya zakat fitrah ini wajib ke atas yg berikut:
1. Hamba
2. Orang yang merdeka
3. Lelaki
4. Perempuan
5. Kanak-kanak
6. Dewasa
7. Semua yang di atas yg beragama Islam.


: : akhirnya : :

...............................................................................................................................

Sunday, September 13, 2009

: : upin ipin bersama JPAM : :

.

Bertepatan dengan tarikh 12/9/09 iaitu semalam, Alumni JPAM telah mengadakan satu majlis memenuhkan perut sambil berbuka... Lokasi, Geng's Corner... Sebelah Studio Les Copaque... kami 15 org BK pon turut dijemput menyemakkan diri... kalau korang nk tau, JPAM ni mmg rajin wat aktiviti makan2... sbb tu kami sihat wal'afiat...

bertolak ppt pkl6:10... tp wkt nk naek bas utk ke dlm uitm tu, tgk ramai siswi yg tgh maen ragbi nk naek bas... takot woo... so kami pon mencari la motor utk dipinjam... ok set... dpt 2 motor(cukup la utk angkut bdk2 jati).. sampai kat dalam uitm, tukar pengankutan.. abg drebar uitm dah tggu kat tepi markas...

smpi kat restoran tu, termenung jap... tgk jam, setengah jam lg baru azan.. amek tmpt ddk.. borak2 sket... tgk cite upin ipin yg xkluar tv lg... raye nnt baru kluar tv... ni derang kasi pelanggan kat situ je tgk.. tetibe kluar idea... gi kat abg yg jage laptop tu... try borak2 jap.. pastu nk hulur pendrive... tp takot plak... sekali produser dier dtg la plak... cansel plan...

tgh riuh2 tu dgr sayup2 azan... tp tgk dj tu wat bodoh je.. dah habis azan baru dier bace doa bukak pose... huhu... lauk nye tomYam, udang tepung(mcm jemput2 je), kerabu mangga, kailan ikan masin, telur bungkus ayam, daging masak ape tah, ngan tehO aisss...last2.. ni je yg tggl..

lps solat tu, barisan pelakon suara siri upin ipin pn dtg perkenalkan diri.. derang wat tekaTEKI.. kasi hadiah duit raye... pastu ade satu soalan, dier mintak sesape yg berani lakonkan watak upin ipin.. tggu punyer tggu, tetibe, dgn x tersangke2 a.k.a unsangkarable LT Tuan Ariffin pun kluar jd wakil JPAM.. fuiyoo.. Pengerusi JPAM UiTM pndai blakon beb.. tp yg lg bestnyer, kami wat surprise hntr kek lps tu... pengerusi majlis pn tercengang... (pengerusi majlis sebenarnye kak ros...)

haa.. ni la kak ros ... yg kecik tu upin n ipin..

kat hujung majlis tu, LT Ariffin plak yg kenekn kiteorg... dier order air milo tarik , gula ganti ngan garam... pastu dier pakse sume minum sorang sket.... hahah igtkn btol la dier nk blanje minum... sekali terkne da... naseb baek x telan... tp ade gak la yg telan...huhu best...

these are what i got for my brother n sister...


Wednesday, September 9, 2009

: : jom : :


Salam,
ikhwah dan akhawat pencinta syurga pemburu maghfirah Allah Yang Esa, malam esok, malam ke 20 Ramadhan, insya Allah tetamu dari Palestin Shaikh Abdul Ghani Jaber, anggota lajnah ulamak palestin dan isteri
akan berada di surau at-taqwa sek 7 shah alam (iftat, solat tarawih dan ceramah isu palestin) diikuti penyerahan cek oleh Pertubuhan Mawaddah Malaysia.
antum semua dijemut hadir, sangat-sangat dialukan, harap tolong warwarkan. mudah-mudahan usaha antum diberkati di bulan mulia yang akan beransur pergi meninggalkan kita beberapa hari saja lagi.

Tuesday, September 8, 2009

: : pertahanan msia? : :

Wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara ini mahu Kementerian Pertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatan yang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.


Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti dibawah;

1. Isu penawaran sistem latihan
Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi "Top Gun" secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/p0003.jpg

2. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan uda ra Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan uda ra Korat di Thailand pada setiap tahun.

3. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.

4. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia s uda h mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.

5. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepadakecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.

6. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran uda ra di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/acmi.jpg

7. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.

8. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak "glamour" seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.

9.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu. (Gambar kiri - ACMI Conceptual View)

10.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.

11.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.

12.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4

13."ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia .
Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS," katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/acmi1.jpg

14.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 s uda h pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai (Gambar kanan - ACMI-FISTS Conceptual View).

15."Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat...jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal," katanya lagi.

16.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing (gambar bawah) , di mana AS tidak mahu memberikan "Source Code" pesawat itu kepada TUDM.

17.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan "Souce Code" pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.

18.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkankeselama tan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan "Source Code"nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/f18_03.jpg

19.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.

20.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara "Reverse Engineering" dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera uda ra republik itu.

21."Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan, " katanya.

22."B ayang kan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5.
Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atasfaktor yang berdasarkan soal keuntungan," katanya.

23.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDMmempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.

24."Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik," katanya. - http://chegubard.blogspot.comA

Monday, September 7, 2009

: : mana satu anda punya : :


yg ni member yg mesej...ni sume puase x bleh pakai.. moga kita x mcm ni...

1. Puasa Buta Celik:-
Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak lawan jantina lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!

2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.

3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.

4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.

5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!

6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.

7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu. Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!

8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik. Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.

9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.

10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.

Tuesday, September 1, 2009

: : selamat untuk salman : :

salam..

sbenarnye nk post psl ni b4 salman terbang aritu... tp bz sket ade exam... so, arini mcm free sket nk post...

SELAMAT BERKELANA DI BUMI CANADA


jgn lupe pki topeng nnt...
kalau nk kuih raye, nnt aku post gambar ek... ke dah bwk stock kuih gi canada?

: : jom flag : :

Seorang pengamal / pengasas ajaran sesat yang paling dikehendaki oleh JAIS yang masih belum dapat ditangkap semakin bermaharajalela di internet. Kahar Ahmad yang gila / sewel / sesat / perasan / tak cukup ilmu mengaku dirinya Rasul Melayu kini memblog pula.

Dia update blognya setiap hari. Jadi sebagai umat Islam yang membenci ajaran sesat ni, mari kita 'flag' blog dia ni supaya google boleh menerima aduan agar blog dan user ini diblock.

Cara nak flag blog:



Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.


Jom Flag blog ni: http://messengerofg odtoday.blogspot .com/


p/s : tak tau la mcm mane pihak berkuase wat keje.. sah2 kahar ni post hari2, xkan x bleh locate dari mane dier post...

Thursday, August 20, 2009

: : Kesalahan dalam ramadhan : :

Salam sahabat-sahabat,

Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan yang dijanjikan maghfirah(keampunan) oleh ALlah. Untuk itu kita kena mendirikan Ramdhan dengan sempurna.

Kita tidak mahu puasa yang kita tunaikan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Ini jelas sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw,

•Sabda Nabi saw,
عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه
[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ].

Berikut dipaparkan tulisan من رسالة تذكرة الصوم لعبد الله بن صالح القص yang menyebut di antara kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berpuasa dan beribadat di bulan puasa;

1.Tidak mengetahui hukum hakam puasa dan tidak bertanya. وقد قال الله تعالى: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ وقال عليه الصلاة والسلام :من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين متفق عليه.

2. Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

3. Bertaubat, bersolat dan berpuasa hanya di bulan Ramadhan. LEBIH MALANG bila ada yang berpuasa tetapi TIDAK SOLAT.

4. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

5. Setengah imam menunaikan solat tarawih dengan CEPAT-LAJU tanpa tomakninah. . وقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للذي لم يطمئن في صلاته ارجع فصل فإنك لم تصل (متفق عليه). وأسوأ الناس سرقة الذي يسرق من صلاته فلا يتم ركوعها ولا سجودها ولا القراءة فيها . والصلاة مكيال فمن وفى وفي له ومن طفف فويل للمطففين
6.Meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa (المفطرات الحسية ) TETAPI tidak meninggalkan perkara yang membatalkan pahala puasa (المفطرات المعنوية ).

7. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

8. المصيبة العظمى Tidak mengutamakan solat Subuh berjamaah kerana TIDUR SEDAP tidak sebagaimana Terawih.


9. Mempercepatkan makan sahur sebelum waktunya iaitu makan lewat malam.

10. Malas dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

11. Menunaikan solat witir sejurus selepas tarawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk me-lakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

Sekian, terima kasih.

Saturday, August 8, 2009

tentang kereta malaysia...

emel kat bawah ni dh byk kali d forward orang. Ade rasional jugak dia komen panjang2 nih..cuma kita hanya mampu untuk membuat renungan sahaja. dasar kerajaan xleh d ubah da.

KOMEN-KOMEN MENGENAI PROTON KERETA 'KEBANGGAAN' RAKYAT MALAYSIA> > >> > > Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton). Saya pasti> yang> > > kita> > > semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.> > >> > > Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya> > > mengeluarkan> > >> > > KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH. Sungguhpun kebanyakan dari kita> tahu> > > yang kereta itu sebenarnya adalah Mitsubishi dan Daihatsu (Perodua).> > > Sungguhpun begitu saya percaya dalam setiap hati pengguna Proton di> > > Malaysia tersimpan sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup> dan> > > perkataan2 mereka tidak sampai ke perbincangan umum.> > >> > > Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa> yang> > >> > > berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga> ia> > > mendatangkan manfaat bersama.> > >> > > KUALITI> > >> > > Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah> > > seperti> > > kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi> > > yang> > > diekspot, ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. memang memenuhi> > > piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more, harga pulak> > > murah.> > >> > > Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat2 saleh nie tak pandang> > > sangat> > > kete2 cam Proton nie. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang> > > seperti> > > orang2 veteran, orang2 budget kemut atau jadikan kereta sampingan.> Kalau> > >> > > nak melawa tak de la nak pakai proton.> > >> > > Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti> teruk> > > untuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk> menilai.> > >> > > BUATAN TEMPATAN> > >> > > Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun> nak> > > ajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi tempat> > > pasang> > > body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya kereta yang> > > dipasang> > > di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari kereta yang diimpot> > > seketul> > > dari jepun (ketepikan tax GILA tu). Magic ke nie ?.> > >> > > Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar dan> bukannya> > > Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil),> Daih> > > Terios (Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok> ?.> > >> > > KEPUASAN> > >> > > Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan, PASTI> nak> > >> > > tukar/ tambah beberapa perkara.> > >> > > 1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)> > > 2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)> > > 3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power> > > window Depan aje) dan sebagainya.> > >> > > Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak> perlu> > > dah> > > tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap.> Melainkan> > > kalau betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.> > >> > > HARGA> > >> > > Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA> adalah> > >> > > Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai> beli> > >> > > Proton. Dan sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa ?> > >> > > Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta2> sebab> > >> > > orang terpaxa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA> PILIHAN,> > > jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga> dan> > > kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton.> > >> > > Mengapa harga proton murah ?. Sebenarnya harga Proton MAHAL !.> > > Bayangkan> > > Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak> 300-400%> > > GILA! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++. Sedangkan> > > Proton Iswara Aeroback (TEMPATAN) berharga RM 37,000.00 ++. Cuba> > > bandingkan> > > kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum> banding> > > kualiti/harga Wira dll. Jadi, murahkah Proton ??.> > >> > > Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar> > > RM20,000.00 dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan> dengan> > > pengeluar kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia> terpaksa> > >> > > membayar LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang> rendah> > >> > > kualitinya.> > >> > > Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN> TEMPATAN.> > > Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOI> > > dengan> > > harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.> > >> > > SPARE PARTS> > >> > > Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah Spare Parts dia> MURAH.> > > Pengguna kereta lain kalau nak dapatkan spare parts kadang2 kena> order> > > dan> > > harga pun tinggi. Harga Spare Parts kereta lain ini pun tinggi> > > disebabkan> > > TAX terhadap kereta import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak> > > ambik> > > banyak stok. Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit2> > > (runcit),> > > harga pun tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta> jenama> > >> > > lain.> > >> > > KEMALANGAN> > >> > > Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa ditangan tuhan. Tapi kalau> secara> > >> > > saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling senang rosak ?.> > > Untuk> > > pengetahuan, bumper2 proton dipasang secara KLIP aje. Kalau> kemalangan> > > kecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar). Bumper bukannya dapat BUMP> tapi> > >> > > jatuh dulu. Bagi siapa yang guna Wira, lampu signal depan paling> senang> > > nak> > > curi. Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM 300> (sepasang).> > >> > > EON> > >> > > Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie bukan> > > Proton> > > tapi kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh elak ceria pasal> EON.> > >> > > Kereta yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3),> dia> > >> > > tambah bukan2 jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll)> > > hahahahaha free RM 6500 kat dia. Sport rim = RM 1000 ??, Spoiler> RM350> > > ??,> > > yg> > > lagi> > > kelakar... Stripe (Sticker belang2 tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha> !> > >> > > Selalu kalau tanya Salesman dia, kereta Proton ada banyak type> mengikut> > > Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type nie dee..> Seketul> > > dtg> > > full Acces, puas ati. Sekali tu saya tanya, Type 'A' ade jual lagi ?> > >> > > Dia kata dah tak jual dah. (Type A ialah paling takde dia punya> > > Acces).Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak keluarkan dah> jenis> > > tu.> > > KOROK dia!! Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power Window,> > > Central> > > Lock dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg bubuh. Jadi camana kate> > > Proton dah tak keluar jenis tu ?> > >> > > EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat,> kadang2> > > kereta sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak cepat bayar> lebih> > > 3-4 ribu, kalau tak mau tak apa". Amboi sombongnya dia. Kalau kita> bayar> > > 4> > > ribu, esok jugak keluar kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak> > > untung segera.> > >> > > Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer. Seminggu bole> > > keluar> > > kete. Ade salesman yg jual cuma 2 bijik sebulan. Nak makan apa ?.> Masa> > > tu> > > baru la layan customer dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau> dulu> > >> > > takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie ekonomi> naik> > > balik, siap le jadi balik cam dulu.> > >> > > KENAPA BELI ??> > > Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul org proton> nie> > >> > > yea.. Mentang2 org KENA beli kereta dia. Kita beli sebab TERPAXA> > > (ulangan). Takkan nak beli lori nak bawak anak bini. Nak beli kereta> > > TOYOTA, berapa lak harganya (setelah tax). Kancil ?? Perodua pun 2 X> 5> > > jugak. Tak memadai si bantut tu harga RM 26,000.00 ??. Kalau ikut> spec> > > yang diberi pun +- macam Proton punya kualiti gak. Masalahnya kancil> > > nie> > > jadi> > > kereta kedua bole la (Perodua). Atau family kita masih tak ramai.> Atau> > > jalan dekat2.> > >> > > Masalahnya.> > >> > > Kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak mampu pakai DUA> kereta.> > >> > > Atau> > >> > > beli kereta lain bila family besar sikit. Jadi kalau beli kereta tu> jadi> > >> > > pelbagai guna la. Dari pegi pasar sampai balik kampung. Kalau pakai> > > kancil emm tahle.> > Satu lagi, bukan nak sombong laa..> > >> > > kita graduate dan level +- Executive. Tapi takkan la dia samakan> level> > > kita dengan Moto aje atau Kancil. Tapi nak buat macamana, graduate> atau> > > tidak, keadaan memaksa kita beli kancil, terpaksa la. Kalau diberi> > > pilihan,> > > pemilik kancil mesti nak kereta Sedan.> > >> > > Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang> dan> > >> > > bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi negara maju.> Masalahnya> > > harga kereta dalah harga barangan Mewah. Student2 Malaysia di US> dapat> > > beli kereta pakai duit loan. Student di Malaysia ??? Nak beli moto> pun> > > harap Bapak tolong. Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai> kereta> > > (bukan kereta mewah, tapi kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di> > > Malaysia kerja McD, naik bas ajela.> > >> > > > > STAFF PROTON> > >> > > Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka kerana> mereka> > > semua sebagai perlaksana dan bukan penentu dasar. Eksekutif2 mereka> tak> > > dapat berbuat apa2 dengan perkara ini. Mesej ini untuk renungan> bersama> > > dan> > > kalau dapat dipanjangkan ke Vice President, President, Senior> Managers> > > Proton lagi bagus.> > >> > > AFTA> > >> > > Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia yang semua> > > negara> > > kena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran dunia. Tak tau bila> Malaysia> > > nak> > > implimenkan. Kalau ON maknanya.. Harga kereta import tak bole lagi> > > dicukai> > > 300-400%. Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak.> > >> > > Masa tu Proton tak bole lagi MANJA harapkan gomen punya tax utk> lakukan> > > jualan. Kali ini Proton kena betul2 bersaing dari segi KUALITI,> LAYANAN> > > PELANGGAN, WARRANTY dan HARGA. Tapi I dont think AFTA dalam masa> > > terdekat> > > nie. Kalau buat, BUNGKUSSSS Proton.> > >> > > Anyway, setakat ini saja untuk kali ini. Maaf kalau ada nada yang> > > emosional. Just practicing my rights as a Malaysian and a User.> > >> > > Macamanapun> > >> > > saya rasa mesej saya ni masih dalam nada yang acceptable (tiada> carut> > > pls).> > >> > > Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada.> > >> > > Wassalam.



haha... korang pikir la sendiri...

Friday, June 26, 2009

bye2 jb..

entry kemudian...in progress... tgh dlm bas...

Saturday, June 20, 2009

: : facebook? : ;


Sebelum ini heboh diperkatakan tentang kebocoran maklumat-maklumat peribadi mereka yang mempunyai akaun facebook.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester
County, New York?


Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?


Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.


Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?




Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?


Friday, June 19, 2009

: : top up....jom...jom...jom : :


salam
dengan ini mengumumkan

faareast

kini telah mampu menjual top up...
hahahha


p/s: tgh boring gler...tu yg isi mase lapang tu...

: : solat apakah itu? : :

dengan nama allah yg maha penyayang lagi maha pemurah...


hari ini kalau tengok dalam kalander, dier tulis kat situ 'FRIDAY' a.k.a Jumaat.. penghulu segala hari.. hari bagi umat islam... perkara yang sinonim dengan hari jumaat ialah, pegawai2 kerajaan yang berjantina perempuan kebanyakannye akan sopan sket harini...berbaju kurung sekurang2nye.tp, aku bukan nak tulis berkenaan isu tu.. tapi berkenaan syiar ISLAM yang teristimewa diberi kepada LELAKI... anda faham ape itu lelaki? jika ya, teruskan membaca....


SOLAT JUMAAT... ade sesiapa yang tak pernah dengar? harap2 para lelaki sume tau la istilah solat jumaat tu..tp bukan sekadar tau sahaja, usung2lah diri tu gi masjid utk solat jumaat....

aku rase x payah la nk terangkan panjang2 psl solat jumaat ni.. iA mereka2 kat luar sana tu dah ade basic mengenai perkara ni.. niat, care amek wuduk, berape rakkat, pkl brape, sume tu mereka dah paham dah.. tp ade satu bende yg ade segolongan terlepas pandang...

critenyer mcm ni.. hari ni sku tunaikan solat jumaat di msjid BBU.. nk masuk kat dalam dah penuh.. so solat la kat tepi pintu dewan solat..angkat takbir, ruku' dan sujud rakaat pertama...masuk rakkat kedua tu.. terdengar la orang berlari2 anak...x tau yang lari tu anak2 ke org tue ke...pastu kedengaran plak bunyi air.... teruskan solat... try khusyukkan diri..heheh... dalam rukuk rakaat kedua tu plak, terdengar lagi bunyi orang amek wuduk...

habis je beri salam, toleh kebelakang.. nampak la 3 orang tgh solat lg...tambah rakaat.. aik.. solat jumaat pon bleh tambah2 rakaat ke? setau aku la..syarat sah solat jumaat salah satunyer ialah mendengar khutbah... kalau mcm ni dah kire diorang patutnye solat zohor je.. kalau tengok cek blek mazhab syafie, SOLAT JUMAAT WAJIB BERJEMAAH.. so solat apekah yang mereka tunaikan 2 rakaat itu?

Wednesday, June 17, 2009

: : kenalkan, ini kekasihku : :

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal (terdapat perselisihan pendapat)bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.