Thursday, September 17, 2009
: : jgn lupa : :
JANGAN INGAT NAK RAYA SAJA.BENDA WAJIB TERLUPA.
Zakat Fitrah adalah wajib, Abdullah b Umar r.a berkata bahawa NAbi saw memfardhukan zakat fitrah hanya di bulan Ramadhan. Zakat fitrah ini kewajipannya lebih awal sedikit daripada zakat harta.
Kadar zakat firah pula tk banyak sebenarnya iaitu hanya segantang tamar ataupun tepung. Begitu juga dengan beras kadarnya segantang sahaja. Ianya juga boleh dibayar dengan duit sahaja iaitu berdasarkan harga segantang beras. Bahkan kalau nak berlebih sedikit pun apa salahnya, Jangan berkurang pula sudahlah.
Ramai yang tertanya2 dan ingin tahu berapakah kadar segantang beras itu kiraannya dalam kilogram. kadarnya ialah 2.7kg sahaja. Kadar duit nya pula mengikut negeri masing2 yg talah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa, jika di shah alam ini kadarnya ialah RM7 shj.
Hikmah berzakat ialah : sebagaimana kata Ibnu Abbas r.a :
” Nabi saw telah memfaradhukan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada lagha dan percakapan yang kotor, dan juga sebagai pemberian makanan kepada orang miskin” (Riwayat Abu Daud)
Justeru itu berdasarkan hadis di atas ada 2 hikmah yang besar iaitu:
1. Zakat sebagai pembersih daripada daki maksiat dan kekurangan sewaktu berpuasa.
2. zakat sebagai pemberian kepada fakir dan miskin.
Siapakah yang wajib keatas(membayar) zakat firah ini?
Abdullah b Umar berkata bahawa Nabi saw bersabda :
” Nabi saw telah memfardhukan zakat fitrah dengan kadar segantang daripada tamar atau satu gantang tepung ke atas hamba dan merdeka, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan dewasa daripada orang Islam”
( Riwayat Bukhari)
Jadi kesimpulannya zakat fitrah ini wajib ke atas yg berikut:
1. Hamba
2. Orang yang merdeka
3. Lelaki
4. Perempuan
5. Kanak-kanak
6. Dewasa
7. Semua yang di atas yg beragama Islam.
Sunday, September 13, 2009
: : upin ipin bersama JPAM : :
Bertepatan dengan tarikh 12/9/09 iaitu semalam, Alumni JPAM telah mengadakan satu majlis memenuhkan perut sambil berbuka... Lokasi, Geng's Corner... Sebelah Studio Les Copaque... kami 15 org BK pon turut dijemput menyemakkan diri... kalau korang nk tau, JPAM ni mmg rajin wat aktiviti makan2... sbb tu kami sihat wal'afiat...
bertolak ppt pkl6:10... tp wkt nk naek bas utk ke dlm uitm tu, tgk ramai siswi yg tgh maen ragbi nk naek bas... takot woo... so kami pon mencari la motor utk dipinjam... ok set... dpt 2 motor(cukup la utk angkut bdk2 jati).. sampai kat dalam uitm, tukar pengankutan.. abg drebar uitm dah tggu kat tepi markas...
smpi kat restoran tu, termenung jap... tgk jam, setengah jam lg baru azan.. amek tmpt ddk.. borak2 sket... tgk cite upin ipin yg xkluar tv lg... raye nnt baru kluar tv... ni derang kasi pelanggan kat situ je tgk.. tetibe kluar idea... gi kat abg yg jage laptop tu... try borak2 jap.. pastu nk hulur pendrive... tp takot plak... sekali produser dier dtg la plak... cansel plan...
lps solat tu, barisan pelakon suara siri upin ipin pn dtg perkenalkan diri.. derang wat tekaTEKI.. kasi hadiah duit raye... pastu ade satu soalan, dier mintak sesape yg berani lakonkan watak upin ipin.. tggu punyer tggu, tetibe, dgn x tersangke2 a.k.a unsangkarable LT Tuan Ariffin pun kluar jd wakil JPAM.. fuiyoo.. Pengerusi JPAM UiTM pndai blakon beb.. tp yg lg bestnyer, kami wat surprise hntr kek lps tu... pengerusi majlis pn tercengang... (pengerusi majlis sebenarnye kak ros...)
haa.. ni la kak ros ... yg kecik tu upin n ipin..
kat hujung majlis tu, LT Ariffin plak yg kenekn kiteorg... dier order air milo tarik , gula ganti ngan garam... pastu dier pakse sume minum sorang sket.... hahah igtkn btol la dier nk blanje minum... sekali terkne da... naseb baek x telan... tp ade gak la yg telan...huhu best...
these are what i got for my brother n sister...
Wednesday, September 9, 2009
: : jom : :
Salam,
ikhwah dan akhawat pencinta syurga pemburu maghfirah Allah Yang Esa, malam esok, malam ke 20 Ramadhan, insya Allah tetamu dari Palestin Shaikh Abdul Ghani Jaber, anggota lajnah ulamak palestin dan isteri
akan berada di surau at-taqwa sek 7 shah alam (iftat, solat tarawih dan ceramah isu palestin) diikuti penyerahan cek oleh Pertubuhan Mawaddah Malaysia.
antum semua dijemut hadir, sangat-sangat dialukan, harap tolong warwarkan. mudah-mudahan usaha antum diberkati di bulan mulia yang akan beransur pergi meninggalkan kita beberapa hari saja lagi.
Tuesday, September 8, 2009
: : pertahanan msia? : :
Wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara ini mahu Kementerian Pertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatan yang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti dibawah;
1. Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi "Top Gun" secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.
2. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan uda ra Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan uda ra Korat di Thailand pada setiap tahun.
3. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.
4. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia s uda h mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.
5. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepadakecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.
6. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran uda ra di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.
7. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.
8. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak "glamour" seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.
9.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu. (Gambar kiri - ACMI Conceptual View)
10.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.
11.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.
12.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4
13."ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia . Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS," katanya.
14.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 s uda h pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai (Gambar kanan - ACMI-FISTS Conceptual View).
15."Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat...jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal," katanya lagi.
16.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing (gambar bawah) , di mana AS tidak mahu memberikan "Source Code" pesawat itu kepada TUDM.
17.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan "Souce Code" pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.
18.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkankeselama tan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan "Source Code"nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.
19.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.
20.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara "Reverse Engineering" dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera uda ra republik itu.
21."Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan, " katanya.
22."B ayang kan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5. Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atasfaktor yang berdasarkan soal keuntungan," katanya.
23.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDMmempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.
24."Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik," katanya. - http://chegubard.blogspot.comA
Monday, September 7, 2009
: : mana satu anda punya : :
yg ni member yg mesej...ni sume puase x bleh pakai.. moga kita x mcm ni...
1. Puasa Buta Celik:- Matanya kuyu, layu dan bagai tak larat nak angkat kelopak mata. Mengantuk la tu konon! Tapi bila nampak lawan jantina lalu kelopak mata yg tadinya tak larat nak angkat jadi terbeliak! Maknanya puasa korang setakat lapar perut aje!
2. Puasa Buta Membuta:- Selepas berbuka dia akan menidurkan dirinya sebab sudah kenyang tahap maksimum. Dia cuma bangun bila time sahur, itupun kadang-kadang dikejutkan dgn menyimbah sebaldi air. Selepas waktu imsak dia akan sambung tidur sehingga tiba waktu berbuka pada petangnya.
3. Puasa Nyanyuk:- Dia tak tua, dia masih muda. Sihat dari segi fizikal dan mental. Entah bagaimana sebaik tiba bulan Ramadhan penyakit nyanyuknya akan datang menyerang dan asyik terlupa lalu terbuat macam-macam hal memanjang. Bagaimanapun nyanyuk dia cuma sering termakan dan terminum ajer. Tidak pula dia terlupa nama sendiri atau di mana rumahnya.
4. Puasa Asap:- Tak makan dia boleh tahan. Tak minum pon dia tak kisah. Letaklah makanan dan minuman paling lazat kat muka bumi ini nescaya dia akan buat selamba aje. Tetapi cuma korang letakan rokok kat depannya nescaya dia akan menggelupur. Juadah berbuka dan bersahurnya sekotak rokok.
5. Puasa Borong:- Dia puasa macam org lain juga. Namun cuma satu saja masalahnya, iaitu ketika berada di Pasar Ramadhan. Kalau ada 800 jenis juadah yg dijual tak satupun dia tak beli! Sepuluh jarinya penuh jinjit bungkusan plastik. Kalau tak muat dia boleh gantung kat leher dan telinga!
6. Puasa Telan Semua:- Dia takde masalah ketika berpuasa tapi bermasalah besar bila time berbuka tiba. Mana taknya juadah berbuka puasa yg dihidang penuh satu meja dia telan semua. Andai kata kerusi meja itu pun boleh dimakan, nescaya esoknya dia akan makan atas lantai la pulak sbb kerusi meja dia dah telan.Tu pun nasib baik kalau lantai tu dia tak kopak makan.
7. Puasa Ghaib:- Dia bukan ada ilmu ghaib, ilmu hitam atau ilmu alam. Tetapi dia cukup mahir menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu. Bagi orang yang berpengalaman, mereka dengan mudah dapat mengesan org yang macam ni. Pertama cari kat tandas, bawah tangga, stor atau belakang opis. Beberapa meter sebelum menemuinya korang akan dpt menghidu aroma asap atau kari!
8. Puasa Menghitung Hari:- Dia bukan pakar matematik, malah masa exam dulu mmg telah diduga dia akan kantoi subjek matematik. Namun sejak 1 Ramadhan dia cukup rajin mengira. Mengira berapa hari lagi Hari Raya akan tiba. Kan elok kalau kira berapa hari dah berpuasa.
9. Puasa Belakang:- Depan og bukan main letih lagi mukanya. Nak bercakap menggigil bibir, nak melangkah ketar lutut. Macam buleh tumbang je dgn sekali tiup. Tapi dlm letih dan ketar tu dia dukup cekap menghidu mana-mana kedai yg bukak pintu belakang.
10. Puasa Tanpa Nama:- Kira terang-terang tak puasa la tu! Mmg elok sangat kalau kena gantung pinggang mangkuk kat tengkuk dan diarak keliling kampung dgn kereta mayat.
Tuesday, September 1, 2009
: : selamat untuk salman : :
sbenarnye nk post psl ni b4 salman terbang aritu... tp bz sket ade exam... so, arini mcm free sket nk post...
: : jom flag : :
Dia update blognya setiap hari. Jadi sebagai umat Islam yang membenci ajaran sesat ni, mari kita 'flag' blog dia ni supaya google boleh menerima aduan agar blog dan user ini diblock.
Cara nak flag blog:
Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.
Jom Flag blog ni: http://messengerofg odtoday.blogspot .com/
p/s : tak tau la mcm mane pihak berkuase wat keje.. sah2 kahar ni post hari2, xkan x bleh locate dari mane dier post...