Friday, May 22, 2009

ni tgh crite psl kenduri ker?

salam...

sebut je pasal kenduri mesti sume jd lapar kan? tadi aku pon mcm tu gak... last2 x de selera nak sambung makan... rase nak tumbuk2 je beliau tu..

sebenarnye gini..pg tadi aku gi la kat satu tmpt tu utk makan... tgk2...kedai tutup... xpe2..kat depan tu ade jual air tebu.. teringat kat anas yang mengidam nak minum air tebu...so aku pon gi la kat tmpt tu bli...dah bli tu aku pon blek semula kat tmpt tu tumpang duduk...

tgh syok ddk tu sambil menunggu org yg x smpi2, datangla segerombolan makhluk...tgk2 atas bawah...depan belakang...SAH mereka tu manusia betol... mane la tau Jin dtg tumpang ddk kat kedai yg x bukak ni...ok...lps tu telinga aku yg hebat ni pon mencuri dgr perbualan mereka...ni bukan mencurik dgr ek.nk tau mereka ni orang ape je...SAH melayu...sambil dengar2 tu aku cube pahamkn ape mereka cakap...


"wei..ko tau aritu aku jmpe si gendut tu kat rompin...cilak* punyer
gendut..nmpk aku wat x tau je..",
kata si kepala botak....


kawan nye pon balas, " hahah...si gendut mmg mcm tu.. eh, ko wat ape kat rompin tu?"


"Aku gi kenduri sket kat sane..ade la bace2 yassin ngan tahlil sket.."


"ooo...abis tu ko nyer naik la?"



"Naik? Cis..hampir2 je aku nyer naik... Tp member aku naik BEB...bagos la tmpt dier wat yassin tu.. aku plan hujung minggu ni aku nak wat yassin ngan tahlil sket lg... ko nk ikot x?"


"kat tmpt mane plak ko nk wat? ni sponsor ke kene payung sket? aku x brape ade duit la...bini aku nak wat bli susu anak.."


time ni je aku da pening sket..
kenduri yassin sape yg nk gi kene bayar ke?

"mesti la kene payung sket..kali ni kenduri tu aku wat kat air hitam...blakang hutan yg kat simpang tiga tu...wiuss..tmpt tu berkat beb...nombor aku minggu lps menang beb..ni tiket dier...8188...tu yg aku nk wat kat situ lg..."

hampeh tol...igtkn derang crite yassin ape la td...nak gi amek nombor ekor pon ko wat main2 ngan agama ek? pikir la sket...korang tu agama islam... x sangke aku ade orang yg wat menatang ni terang2..

noktah.


err... u panggil i ke?

Thursday, May 21, 2009

Analisis Konspirasi Selsema Babi oleh Dr Khalil Idham


Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.

Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapa peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan..

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;
-Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
-Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
-600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom.. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Tuesday, May 19, 2009

Hari Murabbi

terlambat nak wish hari murabbi a.k.a hari guru...

semalam di smih, sambutan hari guru bagi peringkat sekolah..pagi 18 mei tu..tros mandi
(dgn rase ngantok coz dah sehari x tido)...siap2 tgk jam dah pkl 7.30...termenung jap...pikir ape nk wat.. haaa... gi rmh din jap..tgk din wat video...ish2..last minute..ni jd last minute coz ramai x memberi kerja sama....geram geram geram....

sampai kat rumah din call ADI..huish..kat rmh lg...pastu call yg laen2...tgk kat rmh din ade din...yg ni k-din..rpe2 mlm td derang maen futsal smpi pkl 3... ptt la sume muke mcm x ckp zat.

pkl 10.45 gi sekolah..bukak je pintu kete dgr bunyi kompang..ustaz n ustazah tgh diarak masuk dewan.. kami pon join la skali... lalu je tepi dewan, terhidu sesuatu..,dah lame x hidu bau ni...owh..pttla..mereka sume ni baru habis sukaneka rpnye..sbb tu ade aroma tersendiri...x tahan dengan itu..kami pon lepak2 kat pejabat..tumpang aircond...dah sejuk kluar blek...pkl 12.30 naek balek dewan...siap2 nk bagi memorial book kat ustz kay...heheh...tggu punye tggu..MC lpe plak nk kasi...tibe2 dah bace doa penutup plak dah...sedih sedih sedih...

eh...kasi wktu ustazah makan la...kata anas...jom2...tp..kami tersekat kat lorong depan dewan tu.. banat ramai sesangat...x bleh gerak kami...seram seram seram.. ha...ternampk hanis g9.. mintak dier jd tukang bukak laluan... ok...dah sampai kat dewan atas..tggu MC panggil lg skali...tggu tggu tggu...ustazah da start makan...ah..MC lpe lg...pastu bantai masuk je..kasi ustazah memorial book tu wktu derang makan... ustazah k ngan PK tgh makan kat blakang dewan...kasi jgk..ok setel...
tayang cd kat depan...

pastu ronda2 kat meja guru...salam2..gelak2..kene nasihat...ngan mcm2...jmpe guru one by one...seronok je jmpe guru2 tu walau rekod aku ni x brape nk baek la dulu...teringat keje sekolah yg jarang2 siap..sesi kejar mengejar ngan ust masdi.. kenangan tertido..sengih2 sket kat ustz..tanye khabar..ucap slamat hari guru..uish..best best best...

last part majlis tu...tgk ustazah bukak buku tu...happy je derang tgk gambar2 anak didik derang...

"..Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu,
Panggilan keramat "murabbi" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat..."

Wednesday, May 13, 2009

2007 Tahun Melawat Malaysia..Kecuali Masjid?

Sblm ni ramai yg pernah tanye aku psl hukum bawa org bukan islam masuk masjid... aku pon bebel2 sikit...tp malang nye org tu berkeras gak ngan pandangan dier...xpelah.... xlme lepas tu aku dah lpe dah peristiwa tu smpi satu mase tu peristiwa yg same pon berulang...

"aritu tgh ade kbm kat smk ****, kebetulan plak ade member aku ni non-muslim... happy gak la time tu psl ade peluang nk test ape yg pernah belajar dulu... then waktu mlm tu lps maghrib, ade sesi santai bersama fasi kump.. aku pon bwk la group aku ni gi dalam masjid..sengaje je coz ramai ahli group yg jarang2 solat kat surau sek derang...so kami pon bincang2... gelak2... tanye2... banyak gak perangai derang yg tersembul time tu...abis je sesi tu...solat isya'..

turun je dari surau, ade sorang mamat ni(fasi gak) tarik aku blakang tangga.. muke marah je(nk ckp merah padam x bleh, psl tgh gelap, xnmpk..)...dier marah aku psl bwk non muslim tu masuk surau..aku pon start la membebel balik point yg same berulang kali... at the end...dier blah psl x stuju ngan aku...so ni aku post tulisan seseorang psl isu yg same... sila la bace dan timbang2...

Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah Tuesday, 25 September 2007

Satu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah kehadiran ramai pelancong di negara kita, Malaysia. Kehadiran mereka semakin rancak pada tahun ini (2007) sempena Tahun Melawat Malaysia. Pelbagai tempat yang mereka lawati, dari hutan ke pantai, dari taman ke gua dan dari bangunan pencakar langit ke bangunan bersejarah. Turut dilawati ialah tempat-tempat peribadatan untuk agama Islam, Budha, Kristian dan Hindu. Ini kerana mungkin di negara asal mereka tempat-tempat peribadatan tersebut tidak wujud, sukar untuk ditemui atau tidak memiliki seni bina yang indah.


Akan tetapi di antara tempat-tempat peribadatan tersebut, hanya satu yang agak sukar untuk dilawati. Pelbagai syarat dikenakan dan jika ada kelonggaran sekali pun, ia diberikan dengan muka yang tidak ceria.

Tempat peribadatan yang saya maksudkan ialah masjid. Jika hendak dibanding dengan kuil Budha, kuil Hindu dan gereja Kristian, masjid orang Islam adalah tempat yang paling tidak mesra pelancong. Perkara ini berlaku bukan salah masjid, tetapi salah orang Islam sendiri yang meletakkan pelbagai syarat ke atas masjid. Di antara syarat yang biasa dikenakan ke atas pelancong:


1. Pelancong bukan Islam haram memasuki masjid.
2. Pelancong bukan Islam dalam keadaan junub dan orang junub haram memasuki masjid.
3. Pelancong wanita mungkin dalam keadaan haid dan wanita haid haram memasuki masjid.
4. Pelancong tidak menutupi aurat dan haram memasuki masjid dalam keadaan aurat terbu
ka.
5. Pelancong sering bersembang-sembang sesama mereka dan haram bersembang-sembang urusan dunia di dalam masjid.


Dalam risalah ini, saya akan menganalisa adakah syarat-syarat di atas sesuatu yang bersumber dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih atau semata-mata ciptaan orang Islam? Hanya saja dalam analisa ini, perbincangan tidak khusus kepada pelancong tetapi umum kepada kaum bukan Islam.

Analisa # 1: Hukum Kaum Bukan Islam Memasuki Masjid.


Hukum bagi kaum bukan Islam memasuki masjid adalah harus. Dalilnya adalah hadis berikut:




Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengutus pasukan berkuda ke daerah Najd, lalu pasukan itu kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki dari Bani Hanifah yang (namanya) dipanggil Tsumamah bin Utsal. Mereka mengikatnya di salah satu tiang masjid (di Madinah). Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar kepadanya dan berkata: “Lepaskanlah Tsumamah.” (Selepas dilepaskan Tsumamah) pergi ke kebun kurma yang berdekatan dengan masjid dan mandi. Kemudian dia memasuki masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 462 (Kitab al-Solat, Bab mandi apabila masuk Islam…)].


Berdasarkan hadis di atas, Tsumamah bin Utsal asalnya adalah orang bukan Islam. Para sahabat yang menawannya mengetahui hal ini, namun mereka tetap mengikatnya di salah satu tiang masjid. Ini menunjukkan orang bukan Islam boleh memasuki dan berada di dalam masjid.

Kemudian apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar, baginda tidak menegur tindakan para sahabat yang mengikat orang bukan Islam di dalam masjid. Ini sekali lagi menunjukkan harus hukumnya bagi orang bukan Islam memasuki dan berada di dalam masjid. al-Khaththabi rahimahullah (388H) berkata:


Di dalam hadis tersebut terkandung kebolehan bagi orang musyrik masuk ke dalam masjid sekiranya ada keperluan di dalam masjid, seperti ada orang yang berhutang kepadanya di dalam masjid yang tidak keluar untuk membayar hutang kepadanya (maka boleh boleh memasuki masjid untuk berjumpa orang itu) atau dia ingin mengadu kesnya kepada seorang hakim yang ada di dalam masjid (maka boleh memasuki masjid untuk berjumpa hakim).
Pernah orang-orang kafir memasuki masjid Nabi yang mereka minta izin kepada baginda untuk duduk di dalam masjid itu. Abu Daud telah meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa orang-orang Yahudi pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketika baginda sedang berada dalam masjid. [Dikemukakan oleh al-Sha‘ani dalam Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 1, ms. 175]


Pandangan yang mengharamkan orang bukan Islam memasuki masjid menggunakan ayat berikut sebagai dalil:

[maksudnya]

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis, oleh itu janganlah biarkan mereka menghampiri al-Masjid Al-Haram sesudah tahun ini. [al-Taubah 9:28]


Ayat ini menyatakan orang bukan Islam adalah najis dan sesuatu yang najis tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Oleh kerana itulah orang bukan Islam dilarang menghampiri al-Masjid al-Haram di Mekah. Berdasarkan kaedah qiyas, orang bukan Islam dilarang menghampiri semua masjid tanpa terhad kepada al-Masjid al-Haram.


Pandangan ini ditolak dari dua sudut:
1. Maksud perkataan “najis” dalam ayat di atas ialah najis dari sudut agama, bukan fizikal. Ibn Katsir rahimahullah (774H) menyatakan: “Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin lagi suci agama dan dirinya agar mengusir orang-orang musyrik dari al-Masjid al-Haram kerana mereka adalah orang-orang yang najis agamanya ……ada pun kenajisan tubuh orang musyrik, maka menurut jumhur ilmuan, tubuh dan diri orang musyrik tidaklah najis.” [Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), jld. 2, ms. 329-330]


2. Menggunakan kaedah qiyas untuk meluaskan hukum ke seluruh masjid adalah tidak benar kerana apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhususkan al-Masjid al-Haram, bererti hukum larangan hanya ditujukan kepada masjid tersebut dan tidak kepada masjid-masjid yang lain. Seandainya Allah menghendaki hukum larangan meliputi semua masjid, nescaya Allah akan menyebut masjid secara umum sebagaimana dalam ayat-ayat-Nya yang lain.


Kesimpulannya, orang bukan Islam boleh memasuki masjid. Hanya disyaratkan bahawa kemasukan mereka bukanlah untuk membuat kerosakan kepada masjid atau mengganggu orang yang sedang beribadah di dalamnya. Namun perlu diwarnakan bahawa dua syarat ini mencakupi sesiapa saja yang memasuki masjid, sama ada orang Islam atau orang bukan Islam.

Analisa # 2: Hukum Orang Junub Memasuki Masjid.


Orang yang junub dilarang dari memasuki masjid kecuali jika sekadar melintas. Dalilnya ialah ayat berikut:

[maksudnya.]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu hampiri solat (mendirikannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja, hingga kamu mandi. [al-Nisa’ 4:43]


Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang umat Islam dari menghampiri atau memasuki masjid dalam keadaan junub melainkan mereka mandi wajib terlebih dahulu. Akan tetapi ada pengecualian dalam larangan tersebut, iaitu boleh menghampiri dan memasuki masjid jika sekadar melintas sahaja.


Ada pun hukum bagi orang bukan Islam, maka ada dua kemungkinan:
1. Orang bukan Islam termasuk dalam perbicaraan ayat 43 surah al-Nisa’ di atas. Apabila orang Islam dilarang memasuki masjid dalam keadaan junub, maka sudah tentu orang bukan Islam lebih dilarang dari memasuki masjid dalam keadaan junub.


2. Orang bukan Islam tidak termasuk dalam perbicaraan ayat 43 surah al-Nisa’ di atas. Ini kerana ayat tersebut ditujukan kepada orang Islam. Ia dimulai dengan seruan: “Wahai orang-orang yang beriman…” dan bukan “Wahai manusia…”. Oleh itu hukum orang bukan Islam yang junub memasuki masjid adalah harus kerana tiada dalil sahih yang melarang mereka.

Pada analisa saya, kemungkinan kedua adalah lebih tinggi. Sebabnya:


1. Dalam hadis-hadis yang sahih, sebagaimana yang dikemukakan dalam Analisa # 1, jelas diterangkan bahawa orang-orang bukan Islam pernah memasuki masjid. Padahal mereka, sebagaimana manusia biasa, lazim mengadakan hubungan seks dengan pasangan mereka dan tidak pernah mandi wajib. Justeru mereka sentiasa berada dalam keadaan junub. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedia mengetahui keadaan mereka itu tetapi tetap mengizinkan mereka memasuki masjidnya.


2. Jika diandaikan ayat 43 surah al-Nisa’ turut mencakupi orang bukan Islam, apakah jika mereka mandi wajib, mereka akan dapat memasuki masjid? Sudah tentu tidak kerana mandi wajib hanya sah bagi orang Islam.
Hasilnya, adalah tidak tepat untuk melarang orang bukan Islam dari memasuki masjid atas alasan mereka dalam keadaan junub.

Analisa # 3: Hukum Wanita Bukan Islam Yang Didatangi Haid Memasuki Masjid.


Terhadap persoalan ini, terlebih dahulu perlu dianalisa secara ringkas hukum wanita Islam yang haid memasuki masjid. Kebanyakan ahli fiqh melarangnya berdasarkan sebuah riwayat:
[maksudnya.]
Aku tidak menghalalkan masjid bagi (wanita yang didatangi) haid dan tidak (halal juga) bagi orang yang junub. Hadis ini antara lain dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab Sunannya, hadis no: 220 (Kitab al-Thaharah, Bab berkenaan orang junub yang memasuki masjid).


Walaubagaimana pun, para ahli hadis berbeza pandangan dalam menilai darjat hadis ini. Di antara mereka ada yang menilainya dhaif, ada yang menilainya hasan dan ada yang menilainya sahih. Saya telah memperincikan perbezaan pandangan tentang darjat hadis ini dalam sebuah risalah lain berjudul Meninjau Semula Hukum Wanita Yang Didatangi Haid Memasuki Masjid.
Di sebalik perbezaan ini, sama-sama diketahui bahawa hukum-hukum Islam hendaklah dibina di atas sumber yang kukuh lagi padu. Hadis yang diperselisihkan darjatnya tidak boleh dijadikan sumber hukum. Apatah lagi dalam subjek yang sama terdapat hadis-hadis sahih lain yang menerangkan para isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan wanita lain radhiallahu 'anhum pernah memasuki masjid dan mendiaminya dalam keadaan didatangi haid. Justeru pandangan yang lebih kuat adalah harus hukumnya bagi wanita yang didatangi haid atau nifas untuk memasuki masjid.


Ada pun wanita bukan Islam yang didatangi haid, hukumnya adalah harus juga untuk mereka memasuki masjid. Hanya saja disyaratkan agar mereka menjaga kebersihan masjid dan syarat ini mencakupi kedua-dua wanita Islam dan bukan Islam.

Analisa # 4: Hukum Menutup Aurat Ketika Memasuki Masjid.


Sesiapa saja yang ingin memasuki masjid wajib menutup aurat, berdalilkan ayat berikut:
[maksudnya.]
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah pada tiap-tiap kali kamu ke masjid. [al-A’raaf 7:31]


Penjelasan ayat adalah seperti berikut:
1. “Wahai anak-anak Adam!” Permulaan ayat ditujukan kepada seluruh manusia dan bukan kepada orang Islam sahaja. Ia berbeza dengan ayat 43 surah al-Nisaa’ sebelum ini (Analisa # 2) yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman sahaja. Bagi ayat 31 surah al-A’raaf ini, ia ditujukan kepada orang Islam dan orang bukan Islam.


Secara lebih terperinci, ayat ini turun (Asbab al-Nuzul) dalam konteks menegur tindakan orang-orang arab jahiliyah yang tawaf di Ka’bah dalam keadaan bogel. Akan tetapi perbincangan ayat ditujukan kepada semua orang tanpa terhad kepada mereka yang tawaf di al-Masjid al-Haram sahaja. al-Qurtubi rahimahullah (671H) menjelaskan hal ini:


Firman Allah Ta‘ala: “Wahai anak-anak Adam!”, ia adalah perbicaraan untuk keseluruhan (manusia di) alam (ini). Sekali pun maksud (asalnya) ialah berkenaan orang Arab yang tawaf di Baitullah dalam keadaan bogel, ia sebenarnya adalah umum untuk setiap masjid yang didirikan solat (di dalamnya). Ini kerana yang diambil adalah pengajaran yang umum dan bukan sebab yang khusus. [al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (Dar al-Fikr, Beirut, 1999), jld. 7, ms. 136]


2. “Pakailah pakaian kamu yang indah…”. Tercakup dalam pengertian pakaian yang indah ialah pakaian yang menutup aurat. Mustahil Islam mengiktiraf sesuatu fesyen pakaian sebagai indah jika ia tidak menutup aurat. Muhammad Quraish Shihab hafizhahullah menerangkan:
“Pakailah pakaian kamu yang indah…”, minimum dalam bentuk menutup aurat kerana membukanya pasti buruk. Lakukan itu di setiap kali memasuki dan berada di dalam masjid. [Tafsir al-Mishbah (Lentera Hati, Jakarta, 2002), jld. 5, ms. 72]


3. Ayat ini berbentuk perintah (fi‘il amr), maka dengan itu hukum yang dikandung olehnya ialah wajib. Maka wajib hukum bagi seluruh manusia, sama Islam atau bukan Islam, untuk menutupi aurat ketika memasuki masjid. Wahbah al-Zuhaili hafizhahullah menegaskan: “Ayat “Pakailah pakaian kamu yang indah…”menjadi dalil atas wajibnya (hukum) menutup aurat.” [Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syar‘iyyah wa al-Manhaj (Dar al-Fikr, Damsyik, 1998), jld. 7, ms. 186]


Oleh itu adalah wajib hukumnya bagi orang bukan Islam untuk menutup aurat ketika memasuki masjid. Batas aurat yang perlu ditutupi adalah sama seperti yang telah ditetapkan bagi lelaki dan wanita Islam. Ia telah saya kupas sebelum ini dalam bab Pakaian Muslimah Bertaqwa dalam buku Membongkar Aliran Islam Liberal (Jahabersa, Johor Bahru, 2007).


Dalam konteks ini, hendaklah agensi pelancongan memberi notis awal kepada para pelancong mereka untuk memakai pakaian yang menutup aurat pada hari mereka merancang untuk melawat masjid. Bagi pelancong wanita, kain selendang (scarf) adalah memadai insya-Allah memandangkan agak sukar untuk mereka memakai kain tudung yang sempurna.


Selain itu, masjid-masjid yang lazim menjadi tumpuan pelancong hendaklah juga menyediakan jubah dan selendang untuk para pelancong, seandainya mereka tidak bersiap sedia dengan pakaian yang menutupi aurat. Ini adalah satu bentuk kemudahan yang termasuk dalam pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:


[maksudnya.]
Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan. [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 69 (Kitab al-‘Ilm, Bab Nabi memilih waktu yang tepat untuk menyampaikan nasihat…].

Analisa # 5: Hukum Bersembang-Sembang Urusan Dunia Di Dalam Masjid.


Hukum bersembang-sembang urusan dunia di dalam masjid adalah harus. Dalilnya adalah hadis berikut di mana pernah ditanya kepada Jabir bin Samurah radhiallahu 'anh

[maksudnya.]

“Apakah kamu biasa duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?” (Jabir) menjawab: “Ya! Sering kali. Baginda lazimnya tidak bangun dari tempat melaksanakan solat subuh sehingga matahari terbit. Apabila matahari terbit, baginda pun bangun. Pada ketika itu mereka (para sahabat) bersembang-sembang hal-ehwal jahiliyah sehingga mereka ketawa sementara baginda tersenyum.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 670 (Kitab al-Masajid…, Bab keutamaan duduk di tempat sesudah solat subuh…)]


Terhadap hadis ini, Ahmad bin ‘Amr bin Ibrahim al-Qurtubi rahimahullah (656H) mengulas:
Sesungguhnya mereka (para sahabat) pada ketika itu bersembang-sembang, dan sesungguhnya bersembang di dalam masjid adalah sesuatu yang dibolehkan, bukan sesuatu yang dilarang. Tidak ada satu larangan jua dalam masalah ini. Akan tetapi, selari dengan tujuan utama (masjid), berzikir kepada Allah Ta‘ala adalah lebih utama pada ketika itu. Namun ini tidaklah bererti bersembang-sembang dalam hal-ehwal yang diperlukan wajib ditinggalkan pada waktu tersebut. [al-Mufhim lima Asykala min Talkhish Kitab Muslim (tahqiq: Muhyi al-Din Dibb Matsu dan rakan-rakan; Dar Ibn Katsir, Damsyik, 1999), jld. 2, ms. 296]


Rumusannya, hukum bersembang-sembang di dalam masjid adalah harus. Dengan syarat ia tidak dilakukan dengan suara yang kuat kerana mengganggu orang lain yang sedang beribadah di dalamnya. Juga topik persembangan bukan sesuatu yang kotor atau dilarang oleh Islam. Kedua-dua syarat ini dikenakan kepada sesiapa yang memasuki masjid, sama ada orang Islam atau orang bukan Islam.

Kesimpulan.


Hasil analisa menunjukkan bahawa al-Qur’an dan al-Sunnah membolehkan orang bukan Islam memasuki masjid. Pelbagai syarat yang dikenakan kepada mereka adalah tidak benar kecuali satu, iaitu hendaklah mereka menutup aurat ketika memasuki dan berada di dalam masjid.

Syarat ini tentu saja wajib dikenakan kerana masjid adalah tempat suci dan pusat ibadah umat Islam. Sudah tentu kita tidak mahu sesiapa memasuki masjid dengan fesyen yang menayangkan aurat di sana-sini.


Pada waktu yang sama, dalam analisa-analisa di atas, saya telah menyatakan beberapa adab memasuki masjid seperti tidak merosakkan masjid, tidak mengotorkan masjid dan tidak berbuat bising di dalam masjid. Adab-adab ini hendaklah diperhatikan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam, tetapi juga oleh orang Islam.


Sebelum berakhir, ingin saya berpesan kepada diri saya dan para pembaca sekalian agar menahan diri daripada menokok-tambah sekian-sekian hukum berkenaan orang bukan Islam yang memasuki masjid. Syarat-syarat ini bukan sahaja menghalang mereka dari memasuki masjid, tetapi menjauhkan mereka dari mengenali Islam. Kita sepatutnya mencari pelbagai ruang untuk menarik mereka ke arah Islam dan bukan pula sebaliknya, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memerintahkan kita:



Serulah ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-mu, Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. [al-Nahl 16:125]

Tuesday, May 12, 2009

kekeringan poket..... adoai..

huh dah lame x post entry... nk cakap sibuk, x gak... nk cakap x sibok , ade la sket2.. tp x smpt2 nk post lg... dah ade taip kat word diary.. nk masuk kat sini je x sempat...

minggu ni frust sket.. tgk gompet makin nipis je... so kene la cari keje... cari2 keje.. terjmpe org yg baru kene buang keje... kesian... baru dapat anak dah kene buang keje...
aritu si ADI ade ajak cr keje skali... dier mencari, aku pun mencari... tp smpi skrg x dpt lg... hohohoho... sedih tu.. ade sesape yg nk kasi aku keje?

Monday, May 4, 2009

Pandangan Dr Mohd Asri Mengenai Isu Agama Anak

PANDANGAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN MENGENAI KEPUTUSAN KABINET YANG MENETAP AGAMA ANAK BERDASARKAN AGAMA ASAL KETIKA PERKAHWINAN

Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;

  1. Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.
  2. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  3. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
  4. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
  5. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
  6. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
  7. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
  8. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
  9. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
  10. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
  11. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
  12. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
  13. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.