Monday, October 19, 2009

: : drop of ink : :

"pada suatu hari, ali terpaksa meminta isterinya mengambilnya balik dari pejabat kerana
keretanya dah hilang tayar kena curi... dalam perjalanan balik itu isterinya memandu
dengan kelajuan 60km/h... si ali pon tgk muka isterinya sambil tarik muke hampeh...
kemudian, ali berkata, 'sayang, saye cadang sesuatu utk ulangtahun kite kali ni...'
si isteri diam tanpa reaksi... ali menyambung lagi, 'saya bercadang untuk menceraikan awak.'.
si isteri terus diam, kelajuan di tambah kepada 80km/h... 'betul sebenarnye tekaan awak yang saye ade skandal ngan s/u saye..'... si isteri masih buat bodoh, tapi pedal terus ditekan sampai 100km/h...
'semua harta yang ada saya nak ambil balik, saya nak kasi kat bakal isteri baru saya'.
mendengar itu, si isteri menambah kelajuan kepada 140km/h... bukan setakat menambah kelajuan, si isteri mengubah haluan menghala tembok tepi jalan... melihat keadaan
itu, si suami pun berpeluh sejuk, 'baiklah, saye kasi awak separuh dari harta tu.'.
si isteri akhirnya menjawab, 'xpe, abang ambil je sume harte tu. saye dah ade sume yang saye perlukan.'
si suami tercengang, 'ape yang awak dah ade?'
dua saat sebelum langgar tembok, si isteri menjawab, 'AIRBAG'....
dush....."



aku x tau kenape aku suke sgt cite kat atas tu... dah brape kali dgr pon nak dengar lg.. bile pikir2 balik, hidup kite pon mcm tu gak... kadang2 kite x perasan yang kite sibuk mencari kemahuan kite... tapi terlepas pandang ape yang kite perlukan...

p/s: aku mula melihat diriku bila sudah terjatuh.. baru ku tahu kenape ade jatuh bangun... bak kate2 batman, "we fall so that we can learn to pick ourself up"..

3 comments:

  1. haha.
    boleh tahan la lawak dia. kadang2 benda lawak ni la ada banyak nilai pengajaran dalam dia. dan lagi ramai orang senang utk terima.

    macam dalam iklan tu, kenapa jari gorila besar? sebab jari dia besar. sama macam kenapa ujian kita berat sikit, sebab ALLAH uji ikut kemampuan. alamak. terasa nak tulis kat blog pulak.haha.

    o ya, btw, ni ada cerita sikit. boleh bla la jugak. ak paste aje. ^_^

    Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

    "Hello?"

    "Abang, nie sayang nie,"

    "Emmm... "

    "Abang masih ada di kelab lagi ke?"

    "Iya."

    "Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

    "Berapa harganya?"

    "Cuma $1500.00 aje"

    "O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

    "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

    "Berapa harga yang dia bagi?"

    "Cuma $280,000 ..."

    "O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

    "Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

    "Apa?"

    "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

    " Berapa harga yang mereka minta?"

    " Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . .."

    "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

    "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

    "Bye... I Love you too..."

    Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

    "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

    ReplyDelete
  2. *kenapa hidung gorila besar? salah tulis.ish.haha

    ReplyDelete
  3. aa.da.nak gelak semua.semua lawak.kot.(masih sangsi.keke.)

    ReplyDelete